Followers

Thursday, July 14, 2011

Mak cakap,mude2 cmni kene jage badan

this is my mom,like mther like daughter kan,hee i love u mummy *.*


Mak aku cakap badan aku besa sgt...meme la besa mak,da hri2 mak masak sedap2 kn,anje pon pelahap lar...hehehe mak jgn la marah k,anje bkn nk slhkn mak pon....peace makkk :)
okay,lepas ni kne la amalkn pemakanan yg sihat,tamoh hri2 melantak yg goreng2 jek...okay ni tips nk diet,tp xtaw lar aku bleh ikut ke x,heiihhh...tp kne ikut gak lar...


1. Jangan skip sarapan pagi

Sarapan pagi memberikan anda nutrisi lebih untuk metabolisma anda. Makanan yang paling sesuai pastinya Nestle @breakfast cereal ataupun milo fuze.


2. Guna pinggan yang lebih kecil

Sebelum skip makan nasi yang banyak, seharusnya anda perlu motivatedkan diri anda supaya dapat melatih diri untuk nekad berdiet. Nafsu makan anda mampu dikawal sekiranya anda menggunakan pinggan yang kecil dahulu dan teruskan dengan kurangkan nasi secara berperingkat.


3. Minum air suam dengan kerap

Air suam sangat bagus untuk membakar kalori anda sebenarnya. Selalunya, client saya kerap berlari berjam – jam atas treadmill tetapi berat masih degil nak menurun. Hampa dan kecewa, treadmill dipersalahkan. hehe! Sebenarnya, ramai yang terpengaruh untuk membeli air energy seperti gatorade ketika berlari dan tidak sedar kandungan gula di dalam air sebegini sebenarnya menambahkan kesusahan anda untuk menurunkan berat badan.


4. Makan dengan Perlahan

Mungkin sukar buat anda yang berdiet tetapi tiada yang mustahil untuk kelihatan cantik bukan? Cuba kurangkan sikap pelahap anda dan sebenarnya otak anda mengambil masa 15 minit sebelum memberitahu, perut anda sudahpun kenyang. Jadi, makanlah secara bersopan dan jangan menjadi gelojoh!


P/s: Cuba selitkan sekali dengan latihan senaman fizikal bagi mempercepatkan proses diet anda. Mungkin agak sukar bagi anda yang malas tapi sampai bila anda mahu kelihatan gemuk? Hari ini gemuk tak semestinya selamanya anda akan kekal gemuk!


Senang jek kan tips tu,hehehhe,yela cube yg senang2 dulu,then baru lah bralih pd y ssah plak..yg pnting sihat =)



No comments: